Thursday, August 23, 2012
hidup ini penuh dengan warna.
lumrah kehidupan yang penuh ujian ini adalah sesuatu yang amat berharga,dikala waktu kesenangan kita selalu lupa pada nikmat yang diberikan Allah kerana kita hampir merasakan semua itu ada dan kekal disamping kita,padahal itu milik Allah swt yang maha memiliki,nikmat itu bila-bila masa sahaja Allah swt boleh ambil daripada kita.Apabila diwaktu kesusahan itu baru ingat dan kelam kabut mencari erti beriman kepada Allah swt.pada mulanya merintih kesedihan,kemudian meratapnya ada yang tumpas dengan putus asa dan orang-orang yang berjaya itu adalah orang yang redha dan sabar.kehidupan perlu diteruskan kerana ini adalah satu-satu nya persinggahan dalam kehidupan kita tiada lagi tempat untuk untuk singgah semula,destinasi untuk kehidupan yang kekal abadi.Cinta yang kekal Abadi dan paling agung adalah milik Allah semata-mata.itu lah sebenar-benar nikmat yang tiada taranya dari yang maha pengasih lagi maha penyayang,Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment