Hari ini aku start tulis blog balik,blog dulu ade tapi merepek-repek.Dalam bulan ramadan ini ujian banyak betul kena dekat aku,dengan hati penuh resah gelisah.ini ujian dalam pembayaran semula dosa-dosa aku yang banyak tak terkira.hanya Allah sahaja yang mengerti apa yang aku lalui kesakitan bukan pada fizikal tapi hati penuh resah gelisah,memikirkan apa yang telah terjadi dalam kamus sejarah hidup aku,kalau dahulu masa arwah ibu dan bapa ada disitu lah tempat mengadu segala masalah sekarang mereka tiada lagi.Allah memberi ujian amat besar ini ada hikmah nya ya Allah ingatkan aku selalu kepada mu jadikan Aku ini yang lemah kekasihmu ya Allah yang maha kaya lagi maha agung,maha pengasih lagi maha mengetahui setiap yang ada dimuka bumi ini.hamba mu ini amatlah lemah dan perlu bimbingan mu ya Allah murahkan rezeki hamba mu ini ya Allah yang maha kaya lagi maha mengasihani.Aku berdoa dengan keberkatan seluruh nama mu yang ya Allah yang maha perkasa lagi maha mengatur,maha melapang dan menyempitkan hamba mu ini sedar engkau sahaja lah yang layak dipuja dan dicintai sepenuh hati.Ampuni dosa ibu bapa ku,isteri ku,keluarga ku,saudara mara ku dan umat islam akhir zaman.hidayah untuk umat islam akhir zaman ya Allah.kasih sayang mu tiadalah hamba mu ini dapat mengira semuanya.sesungguhnya engkau lah maha menyintai dan pengasih lagi maha penyayang.engkau lah ya memiliki segalanya.jangan engkau tarik lagi rezeki hamba mu ini ya Allah kasihani hamba mu ini yang bodoh lagi jahil dan tertipu dengan dunia yang amat fana ini.Aku minta maaf pada sesiapa sahaja yang aku telah berdosa maafkan aku kerana aku ini amat jahil dan lupa diri.kasihani hamba mu ini ya Allah jangan lah engkau campakkan aku ke neraka mu :(
No comments:
Post a Comment