Thursday, August 23, 2012
hidup ini penuh dengan warna.
lumrah kehidupan yang penuh ujian ini adalah sesuatu yang amat berharga,dikala waktu kesenangan kita selalu lupa pada nikmat yang diberikan Allah kerana kita hampir merasakan semua itu ada dan kekal disamping kita,padahal itu milik Allah swt yang maha memiliki,nikmat itu bila-bila masa sahaja Allah swt boleh ambil daripada kita.Apabila diwaktu kesusahan itu baru ingat dan kelam kabut mencari erti beriman kepada Allah swt.pada mulanya merintih kesedihan,kemudian meratapnya ada yang tumpas dengan putus asa dan orang-orang yang berjaya itu adalah orang yang redha dan sabar.kehidupan perlu diteruskan kerana ini adalah satu-satu nya persinggahan dalam kehidupan kita tiada lagi tempat untuk untuk singgah semula,destinasi untuk kehidupan yang kekal abadi.Cinta yang kekal Abadi dan paling agung adalah milik Allah semata-mata.itu lah sebenar-benar nikmat yang tiada taranya dari yang maha pengasih lagi maha penyayang,Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar.
Monday, August 6, 2012
assalamualaikum :) hidup ini penuh dengan ujian
Hari ini aku start tulis blog balik,blog dulu ade tapi merepek-repek.Dalam bulan ramadan ini ujian banyak betul kena dekat aku,dengan hati penuh resah gelisah.ini ujian dalam pembayaran semula dosa-dosa aku yang banyak tak terkira.hanya Allah sahaja yang mengerti apa yang aku lalui kesakitan bukan pada fizikal tapi hati penuh resah gelisah,memikirkan apa yang telah terjadi dalam kamus sejarah hidup aku,kalau dahulu masa arwah ibu dan bapa ada disitu lah tempat mengadu segala masalah sekarang mereka tiada lagi.Allah memberi ujian amat besar ini ada hikmah nya ya Allah ingatkan aku selalu kepada mu jadikan Aku ini yang lemah kekasihmu ya Allah yang maha kaya lagi maha agung,maha pengasih lagi maha mengetahui setiap yang ada dimuka bumi ini.hamba mu ini amatlah lemah dan perlu bimbingan mu ya Allah murahkan rezeki hamba mu ini ya Allah yang maha kaya lagi maha mengasihani.Aku berdoa dengan keberkatan seluruh nama mu yang ya Allah yang maha perkasa lagi maha mengatur,maha melapang dan menyempitkan hamba mu ini sedar engkau sahaja lah yang layak dipuja dan dicintai sepenuh hati.Ampuni dosa ibu bapa ku,isteri ku,keluarga ku,saudara mara ku dan umat islam akhir zaman.hidayah untuk umat islam akhir zaman ya Allah.kasih sayang mu tiadalah hamba mu ini dapat mengira semuanya.sesungguhnya engkau lah maha menyintai dan pengasih lagi maha penyayang.engkau lah ya memiliki segalanya.jangan engkau tarik lagi rezeki hamba mu ini ya Allah kasihani hamba mu ini yang bodoh lagi jahil dan tertipu dengan dunia yang amat fana ini.Aku minta maaf pada sesiapa sahaja yang aku telah berdosa maafkan aku kerana aku ini amat jahil dan lupa diri.kasihani hamba mu ini ya Allah jangan lah engkau campakkan aku ke neraka mu :(
Sunday, March 25, 2012
ape nak buat redha je la.
dalam 2,3 tahun ni banyak ujian aku terima,boleh dikatakan hampir semua ujian aku failed lalui.aku tak tahu ape yang menanti aku akan datang,pasal aku malas nak pikir masa depan,orang bijak berkata patut fokus pada masa present ataupon mase sekarang,aku malas nak ingat masa yang lampau,ade je yang susah aku nak explain,aku bukanlah seorang yang baik,boleh la aku diketegorikan pelampau,semakin aku nak dekat kan diri dengan tuhan makin tu la aku jadi lagi jahat,selama aku hidup ni aku rase cam mimpi je.dulu aku tak tahu ape itu cinta,hahahahhaha aku ade la ayat awek tapi selalu kene reject,mungkin pasal ayat jiwang sangat atau pon aku tak hensem langsung lantak la.tapi sesudah aku putus cinta ngan seorang awek ni baru la aku tahu betapa kejamnya dunia dan betapa indahnya cinta.ya Allah aku hampir jadi kufur atas cintamu,moga engkau berilah hikmah2 yang terbaik untuk hamba mu ya amat memerlukan,sekarang aku dah tak punya apa2 segala2nya milik mu.memang benar harta,pangkat adn wanita memang ujian yang besar huhuhhhhhuhhu ape nak buat redha je la http://youtu.be/yLPsi3hyvHU
Subscribe to:
Comments (Atom)